
Putra Canselor Carnival (5th PCC): Color Up Your Life! adalah satu program inisiatif sendiri para pelajar Kolej Canselor yang akan dijalankan buat kali kelima oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Canselor dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM yang menyatukan pelbagai pertandingan dan aktiviti menjurus kepada pembentukan dan pembinaan sahsiah masyarakat yang cemerlang dan seimbang. Bertemakan “Color Up Your Life!”, karnival ini berkemampuan menyatukan perbezaan dari segala aspek iaitu perbezaan politik, agama, ideologi dan kaum. Perbezaan bukan lagi dianggap sebagai satu musibah atau kelemahan, tetapi sebagai satu rahmat dan juga anugerah kepada rakyat Malaysia pada dasawarsa ini. Lebih daripada 23 aktiviti-aktiviti yang menarik akan disajikan kepada para pengunjung yang datang ke PCC kali ini.

Pengenalan



