top of page
Perutusan Pengetua

Dr. Paiman bin Bawon
Penaung Putra Canselor Carnival (5th PCC) – Color Up Your Life!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 5th PCC!

 

       Syukur Alhamdulilah, dengan berkat izin-Nya, Putra Canselor Carnival kali yang kelima kini memulakan tirainya dengan tema “Color Up Your Life!” Sukacitanya, saya selaku Penaung utama PCC merangkap Pengetua Kolej Canselor, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk menyampaikan sedikit bicara hati dalam ruangan ini.

 

        Putra Canselor Carnival merupakan program peringkat Universiti anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Canselor dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM yang diadakan secara besar-besaran di Kolej Canselor dan kawasan sekitarnya. Malahan itu, ahli pelaksana program ini adalah terdiri daripada kalangan pelajar kolej. Pada awalnya, Putra Canselor Carnival ini diadakan hanya di peringkat kolej dan Pengarah 1st PCC yang berjaya menghasilkan legasi yang hebat sehingga kini ialah saudari Isolde Hon Peisha. Selain itu, “Jom Lihat Dunia” merupakan lagu tema bagi Putra Canselor Carnival yang digubah oleh saudara Muhammad Azeem Lenin yang merupakan pengarah PCC pada tahu 2013. Beliau sekarang merupakan Founder Director of The Sponsorship Movement. Bermula dari Putra Canselor Carnival (2013), PCC mula mendapat sambutan ramai pihak dan buat pertama kalinya, Putra Canselor Carnival (2013) diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai Dewan Besar UPM. Legasi PCC ini diteruskan sehingga kini oleh Pengarah 5th PCC iaitu Saudari Rosni binti Muhammat Daut merangkap Presiden Kolej Canselor Sesi 2015/2016.

 

        Sesungguhnya, dari sudut hati saya, saya berasa amat berbangga dan terharu dengan pelaksanaan dan persediaan utk 5th PCC kali ini dengan bertemakan “Color Up Your Life!” di mana PCC kali ini menekankan penyatuan perbezaan dari segala aspek iaitu perbezaan budaya, agama, dan kaum. Seperti yang kita alami pada alaf ini, masyarakat kita seperti “rasan air ke air, rasan minyak ke minyak”. Malahan, jika konsep penyatuan hanya sekadar disampaikan secara lisan, iaitu hanya melalui kaca televisyen, dan mana-mana artikel mahupun akhbar, mungkin hanya akan membuka mata sesetengah individu, namun bukan pada remaja masa kini yang lebih gemar ke arah aktiviti riadah di luar. Maka, PCC merupakan salah satu wadah untuk menyatukan masyarakat dari semua lapisan dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti.

 

Perutusan Pengarah

Rosni binti Muhammat Daut

Pengarah Putra Canselor Carnival (5th PCC) – Color Up Your Life!

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 5th PCC!

 

     Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat kita bersama-sama untuk kali yang kelima dalam merealisasikan Putra Canselor Carnival dengan temanya yang tersendiri iaitu: Color Up Your Life! Jutaan terima kasih saya titipkan buat ayahanda tercinta, Dr. Paiman b Bawon selaku Penaung utama PCC merangkap Pengetua Kolej Canselor dan juga kepada seluruh keluarga besar dan peneraju Putra Canselor Carnival (5th PCC) atas sokongan padu, bantuan, kerjasama dan dorongan yang diberikan dalam menjayakan PCC untuk kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan buat pihak penaja, peserta dan pengunjung dalam memeriahkan dan menghangatkan lagi karnival ini.

 

     Untuk menjadi mahasiswa yang mempunyai pakej yang hebat, kecemerlangan akademik sahaja tidak cukup dan untuk itu kita seharusnya mempunyai kemahiran insaniah yang gitu. Dalam erti kata yang lain kita perlulah terlibat secara aktif dalam segala aktiviti yang di anjurkan di Universiti, Kolej mahupun aktiviti luar dalam menjadikan kita mahasiswa yang berketerampilan, versatil dan mempunyai karisma yang tersendiri. Keterlibatan dalam aktivitilah yang membuatkan kita jauh lebih matang dan berbeza dengan orang lain.  Untuk itu, dalam merealisasikan impian ini, 5th PCC – Color Up Your Life! Sekali lagi dianjurkan atas dasar kejayaan Putra Canselor Carnival pada tahun 2012,2013 dan 2014 yang berjaya membentuk mahasiswa yang holistik daripada setiap aspek serta menjadi program berimpak tinggi yang dapat menaikkan nama Universiti Putra Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, bangsa dan agama untuk bersama-sama menyokong penuh usaha murni kami ini dalam melahirkan, memupuk dan mengekalkan bangsa dan generasi yang bersatu hati, sihat fizikal dan mental, rohani, jasmani dan juga intelek serta berwawasan tinggi.

AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF

Timbalan Pengarah 1

 

Muhammad Syazwan bin Muhamad Najmi

Timbalan Pengarah 2

 

Intan Idayu binti Mohd Isa

Ketua Setiausaha

 

Nur Syazleen binti Md Nasir

Timb. Ketua Setiausaha

 

Muhammad Hazim Bin Abdul Rahman

Bendahari

 

Iza Eliza binti Riman

Penolong Pengarah 1 

 

Nur Afiqah binti Ishak

Penolong Pengarah 2

 

Nur Zahidah binti Samat

Penolong Pengarah 3

 

Nurul Husna binti Yusof

Penolong Pengarah 4

 

Muhammad Nabil Irfan bin Abdul Malek

bottom of page