top of page

Pengisian

Pelbagai jenis aktiviti fizikal dan mental yang diadakan bagi menjadikan karnival ini mengikut perkembangan semasa agar dapat memenuhi permintaan warga Universiti Putra Malaysia (UPM), masyarakat di sekeliling UPM serta seluruh warga IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Pembukaan pelbagai gerai jualan seperti makanan, minuman, pakaian, peralatan sukan, peralatan muzik, perisian komputer, buku-buku ilmiah dan cenderamata diangkat menjadi tulang belakang 5th PCC : Colour Up Your Life! di mana ia berkemampuan untuk menjadi daya penarik.

Anchor 1
Putra Color Run & Putra Cycling : Cycle For One

Putra Color Run & Putra Cycling : Cycle For One merupakan satu aktiviti larian sihat dan berbasikal untuk mempromosikan kesihatan dan kebahagiaan dalam kalangan masyarakat. Aktiviti ini mampu menarik minat masyarakat untuk menyertai aktiviti ini tanpa mengira bangsa dan agama selaras dengan konsep yang diketengahkan dalam Putra Canselor Carnival 2016 iaitu menyatu padukan perbezaan di negara ini. Putra Color Run & Putra Cycling : Cycle For One dipilih menjadi aktiviti utama dalam PCC kali ini dan merupakan satu menjadi simbolik kepada tema kali ini iaitu Color Up Your Life!.

Anchor 2
Trees For Life!

 

Trees For Life! merupakan satu aktiviti menanam pokok di Kolej Canselor. Aktiviti ini merupakan simbolik bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Aktiviti ini sejajar dengan wawasan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjadi Green Campus.

Anchor 3
The Malaysia Book of Records

Putra Canselor Carnival kali ini ingin membuat rekod baru untuk membawa jenama Putra Canselor Carnival dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Nantikan!

bottom of page