
Pengisian
Pelbagai jenis aktiviti fizikal dan mental yang diadakan bagi menjadikan karnival ini mengikut perkembangan semasa agar dapat memenuhi permintaan warga Universiti Putra Malaysia (UPM), masyarakat di sekeliling UPM serta seluruh warga IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Pembukaan pelbagai gerai jualan seperti makanan, minuman, pakaian, peralatan sukan, peralatan muzik, perisian komputer, buku-buku ilmiah dan cenderamata diangkat menjadi tulang belakang 5th PCC : Colour Up Your Life! di mana ia berkemampuan untuk menjadi daya penarik.

Grand Canselor Futsal Championship merupakan salah satu pertandingan futsal yang terbuka kepada peserta dari IPTA dan IPTS. Dengan adanya pertandingan ini, mahasiswa akan dapat membentuk kemahiran-kemahiran insaniah seperti yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu penerapan elemen kemahiran insaniah (KI) yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar IPT. Elemen KI ini terdiri daripada kemahiran kepemimpinan (LS), kemahiran komunikasi (CS), kemahiran kerja berpasukan (TS), etika dan moral profesional (EM), dan pembelajaran berterusan (LL).
Grand Canselor Futsal Tournament

Putra Mini Games : Frisbee
Frisbee merupakan sebuah permainan yang menggunakan alat seperti piring. Aktiviti yang pada mulanya merupakan sebahagian daripada kegiatan mengisi masa lapang kini sudah meningkat popular dan menjadi sebahagian daripada sukan yang dikenali. Selain itu, aktiviti roller blade dan dart juga akan diadakan. Aktiviti-aktiviti ini berbentuk santai yang boleh dimainkan bersama rakan mahupun keluarga.

Rolling Reels Film Contest
Program Rolling Reels Film Contest adalah program berbentuk pertandingan interkolej yang mencabar bakat serta kemahiran kreatif para pelajar yang terlibat. Dalam pertandingan ini, semua kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia akan menghasilkan sebuah filem pendek dalam Bahasa Inggeris. Tema filem yang dihasilkan adalah bebas tetapi tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif. Filem yang dihasilkan juga perlu mempunyai mesej atau pengajaran untuk disampaikan kepada penonton.

Ekspo Kerjaya
Program Ekspo Kerjaya adalah satu progam di bawah Putra Canselor Carnival. Program berbentuk pendedahan informasi pendidikan yang diadakan untuk memantapkan lagi pengetahuan pelajar khususnya dalam fasa pembangunan pendidikan kerjaya. Program ini juga diharapkan dapat menjadi pencetus kepada transformasi minda pelajar agar dapat memilih hala tuju yang diidamkan dalam bidang kerjaya mereka kelak mengikut kemampuan dan minat diri. Program ini juga diharapkan dapat menjadi medan pelajar mempersiapkan diri untuk menempuh dunia kerjaya dan mencapai matlamat kerjaya yang diimpikan.

Bitstrip Challenge 2.0
Bitstrip Challenge! 2.0 juga merupakan aktiviti di bawah Putra Canselor Carnival. Pertandingan ini merupakan pertandingan merangka komik berantai dan mempunyai mesej tertentu mengikut tema yang akan ditetapkan. Ia dibahagikan kepada 2 kategori iaitu nukilan comic strips menggunakan lukisan tangan dan nukilan comic strips menggunakan suntingan gambar.